Khamis, 26 Mac 2020

Review Projek Bahasa Malayalam Elikutty

Projek ini dimulakan oleh Eliza, seorang wanita Amerika yang mengajar bahasa Inggeris di United Arab Emirates (UAE). Beliau pernah belajar bahasa Sepanyol, bahasa Jepun dan bahasa Korea. Semasa bekerja di UAE, beliau berkawan dengan ramai orang India Selatan dan berkahwin dengan seorang lelaki Malayalam. Beliau mengambil keputusan untuk belajar bahasa suami beliau.

Beliau berkongsi pengalaman beliau dan nota-nota bahasa Malayalam beliau secara percuma di saluran Youtube untuk mereka yang berminat dengan bahasa Malayalam.
Rujukan
  • Welcome to Learn Malayalam with Elly (Youtube)