Bahagian 2 - Kata Kerja

Dalam pelajaran ini, kita akan mempelajari apakah bentuk kata kerja dalam bahasa Malayalam. Bagaimanakah kata kerja ini berubah dalam bentuk simple present, past dan future.

Dalam bahasa Malayalam, ada dua jenis kata kerja iaitu kata kerja yang menunjukkan keadaan sesuatu yang ada dan kata kerja tindakan. Kata kerja yang menunjukkan keadaan sesuatu yang ada itu adalah ānu dan undu. Namun, dalam pelajaran ini, kita akan memberikan tumpuan kepada kata kerja tindakan. Contoh kata kerja tindakan adalah seperti berikut:
  • Nadakkuga Jalan
  • Kazhikkuga Makan
  • Parayuga Cakap atau Beritahu
  • Nokkuga Lihat
Semua kata kerja di atas berakhir dengan imbuhan -ga. Bentuk asas bagi kata kerja tindakan dalam bahasa Malayalam mempunyai imbuhan -ga.
 
Present Tense
 
Bahasa Malayalam tidak menggunakan present tense dengan cara yang sama seperti digunakan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, present tense selalunya digunakan untuk menerangkan mengenai tabiat harian kita seperti saya berjalan ke gedung, saya bercakap dengan ibu saya dan saya makan pisang. Namun, dalam bahasa Malayalam, simple present tense tidak menyampaikan pun maksud-maksud bagi ayat sebegini. Walau bagaimanapun, kita masih lagi perlu mengetahui cara untuk conjugate kata kerja dalam bentuk ini. Contohnya seperti berikut:
  • Nadakunnu Berjalan
  • Kazhikunnu Memakan
  • Parayunnu Bercakap atau Memberitahu
  • Nokkunnu Melihat
Rujukan
  • Learn Malayalam with Elikutty, Verb (Youtube