Bahagian 1 - Struktur Ayat Asas

Subject Pronouns

Subject pronouns atau kata ganti diri merujuk kepada perkataan yang kita gunakan untuk memberitahu mengenai siapakah ayat tersebut merujuk. Contoh kata ganti diri dalam bahasa Melayu adalah saya, dia, mereka dan kita. Sama seperti dalam bahasa Melayu, kata ganti diri ini boleh berada di awal ayat. Contoh subject pronouns ini adalah seperti berikut:
  • Ñān Saya
  • Ni Kau
  • Ningal Awak
  • Avan Dia (msc.)
  • Aval Dia (fem.)
  • Avar Mereka
  • Njangal Kami
  • Nammal Kita
Be-Verb

Dalam bahasa Malayalam cuma ada satu sahaja be-verb iaitu ānu, Struktur ayat dalam bahasa Malayalam adalah subjek diikuti oleh objek dan seterusnya kata kerja. Be-verb ini tidak berubah mengikut kata ganti diri seperti dalam bahasa Eropah.

Be-verb ānu ini digunakan untuk menjelaskan mengenai:
  • diri kita;
  • apakah yang kita buat; dan
  • kita berasal dari mana.
Contoh ayat adalah seperti berikut:
  • Ñān Eliza ānu Saya adalah Eliza
  • Avan oru Malayāli ānu Dia adalah seorang Malayalam
  • Aval Dubaiyil ānu Dia (fem.) berada di Dubai
Latihan Be-Verb
  • Avan John ānu Dia (msc.) adalah John
  • Avar oru American ānu Dia (fem.) adalah seorang Amerika
  • Ñāngal Koreayil ānu Kami berada di Korea
  • Avar students ānu Mereka adalah pelajar
  • Ningal salesmen ānu Awak adalah jurujual
  • Ñān Eliza oru Malayāli ānu Saya adalah seorang Malayali
Jika ānu ini berada dalam soalan maka ubahlah ia menjadi āno. Contoh ayat soalan seperti berikut:
  • Avan oru Malayāli āno? Adakah dia seorang Malayalam?
Untuk memberikan maklum balas bagi soalan yang mengandungi be-verb āno ini maka kita akan gunakan dua jenis jawapan iaitu:
  • Athe Ya
  • Alla Tidak
Kata nama lain untuk digunakan dalam pembentukan ayat adalah seperti berikut:
  • Āna Gajah
  • Pakṣi Burung
  • Patti Anjing
  • Pūcha Kucing