Selasa, 16 Disember 2014

Engkau di Mana


Seperti yang tertonjol di judulnya, lagu ini mengisahkan mengenai Habil yang mencari-cari cinta semasa zaman remajanya dulu, Jessica. Lalu, muzik video ini membawa pendengar kembali ke saat ketika dewa asmara memanah panahan cinta pandang pertama yang menikam Habil semasa zaman sekolahnya

Seterusnya, cerita kembali semula ke zaman Habil yang telah dewasa. Habil ketika itu memulakan pengembaraannya mencari cintanya itu sekali lagi. Trek ini menimbulkan pelbagai emosi seperti tawa riang, tangis sedih, dan sudah semestinya mengembalikan nostalgia zaman remaja.

'Euphoric Love' merupakan percubaan ikhlas daripada kru-kru pengambaran yang bekerjasama dengan pemenang-pemenang anugerah peringkat negeri untuk mengembalikan semula minat golongan remaja kepada album-album dan video muzik. Menerusi pelancaran album ini, Digicom berharap semoga hati para remaja terpaut kembali kepada tema cinta yang sememangnya terkenal disukai ramai namun semakin dilupakan orang dalam industri muzik berbahasa Malayalam sendiri.

Judul Lagu: Nī Evide
Album: Euphoric Love
Penyanyi: Karthik
Lirik: Vayalar arath arma
Pengarah visual: Josef
Sinematografi: Alagappan
MV Dibintangi: Benhur Pallan dan Malavika Nair
Lokasi MV: Cochin, negeri Kerala
Penerbit: Digicom
Nota: 
  • This post is simply for promotional and education purpose.
  • Reference is mentioned as complete as possible where viewers who would like to buy the album could directly contact the authorized vendors.
  • No copyright infringement is intended. Please buy the album from authorized vendor, thank you.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan